Pihak pengurusan akan juga menitikberatkan faktor kebersihan secara keseluruhan di kawasan sekitar Taska seperti berikut:-
- Kebersihan Premis
Memastikan kebersihan kawasan dalam dan luar premis Taska. Setiap ruangan akan dibersihkan secara berkala oleh seorang Pekerja Am setiap hari, pada waktu pagi, tengahari dan petang.
- Kebersihan Ruang
Memastikan kebersihan kawasan ruang aktiviti, ruang dapur, ruang makan, bilik air dan bilik berehat. Setiap ruangan akan dibersihkan secara berkala oleh seorang Pekerja Am setiap hari, pada waktu pagi, tengahari dan petang. Segala cadar dan bantal akan diserahkan setiap hujung minggu kepada ibubapa untuk dicuci.
- Kebersihan Alat Permainan
Memastikan setiap alat permainan dibersihkan pada setiap minggu, dengan menggunakan pencuci Nyah Kuman. Ini bagi memastikan alatan permainan bersih dari jangkitan kuman.
- Kebersihan Diri Pengasuh
Memastikan para pengasuh menjaga kebersihan diri masing- masing dengan menggunakan pakaian yang bersih serta berada dalam keadaan sihat semasa mengasuh.
- Kebersihan Diri Kanak-kanak
Memastikan setiap kanak- kanak dijaga kebersihan diri mereka sepanjang berada di Taska.
0 comments:
Post a Comment