Aktiviti

Sambutan Hari Lahir
Taska akan menganjurkan aktiviti Sambutan Hari Lahir setiap bulan bagi meraikan kanak- kanak yang dilahirkan pada bulan- bulan tersebut.
Cadangan : Pada Minggu Ketiga Setiap Bulan


Konsert Tahunan
Taska akan menganjurkan Konsert Tahunan bagi merpersembahkan bakat- bakat kanak- kanak yang di asuh serta menjadikan mereka lebih berani dan berketrampilan.
Cadangan : Pada bulan November setiap tahun.


Sukan TahunanTaska akan menganjurkan Sukan Tahunan bagi mendedahkan kanak- kanak dalam aktiviti luar yang agak lasak tapi menghiburkan. Sukan ini juga bakal disertai oleh para ibubapa bagi memeriahkan lagi program sukan yang dijalankan.
Cadangan: Pada bulan Mei setiap tahun.


Aktiviti Keagamaan
Taska juga menganjurkan aktiviti keagamaan bagi mengingati peristiwa besar dalam kalender Islam seperti Maulidurrasul, Nisfu Syaaban, Awal Ramadhan, Nuzul Quran dan sebagainya.
Cadangan : Pada setiap musim sambutan.


Lawatan Sambil Belajar
Membawa kanak- kanak melawat tempat- tempat menarik di negeri Melaka seperti Zoo, A Famosa, River Cruise dan lain.
 

Taska Yippie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez