Sunday, October 17, 2010

The Khalifah Child

Posted by Taska Yippie at 8:48 PM
Sistem Pengasuhan dan Didikan yang bakal dilaksanakan di Tadika dan Taska KDN dirangka ke arah melahirkan anak yang pintar dan soleh. Setiap pelajaran disampaikan dengan penuh motivasi berasaskan Kaedah Khalifah Child, satu kaedah pengasuhan dan didikan anak-anak yang telah terbukti berkesan. Kaedah ini diterima dan bakal menjadi sebagai tulangbelakang kepada seluruh sistem pengasuhan dan didikan di Tadika dan Taska KDN. Kaedah ini digunakan dalam setiap interaksi antara pengasuh dan anak-anak. Kami adalah merupakan satu- satunya syarikat yang menggunakan kaedah ini di negeri Melaka.

Khalifah Child di Tadika dan Taska KDN bukanlah satu matapelajaran tetapi sebagai cara pengasuhan dan didikan anak-anak. Ia memberi satu perspektif baru tentang pengasuhan dan didikan anak-anak bagi orang Melayu Muslim. Ia menekankan kepentingan ilmu dan memberi kita kekuatan untuk membina suasana positif di rumah dan sekolah berasaskan hakikat penciptaan manusia sebagai Khalifah Allah. Pandangan alam yang penuh motivasi ini akan mengubah seluruh proses pengasuhan dan didikan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan apabila ia difahami oleh guru-guru dan anak-anak dalam usia yang begitu muda.

Khalifah Child diasaskan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s a.w. Ia diperteguhkan dengan ilmu Psikologi Kanak-kanak yang telah terbukti. Program ini telah memberi motivasi yang tinggi kepada anak-anak untuk berperibadi Islam cemerlang. Dengan memahami Hukum Pembelajaran, pengasuh akan mudah membimbing anak-anak untuk menjadi muslim yang baik.  Dalam menjayakan program ini, para pengasuh akan di beri pandangan alam yang benar serta ilmu tentang Hukum Pembelajaran melalui beberapa siri kursus yang akan dianjurkan oleh pihak kami. Segala usaha ini, InsyaAllah akan membina sebuah dunia yang lebih sempurna untuk semua.

MATLAMAT
1.  Bagi melahirkan Khalifah Allah yang menjadi insan yang cemerlang , berilmu pengetahuan dan  berpewatakan hebat.

2.  Untuk memperlihatkan keberkesanan cara pendidikan dan pengasuhan kanak- kanak dengan menggunakan sepenuhnya Kaedah Khalifah Child ini di Tadika dan Taska.

3.  Bagi membentuk kanak- kanak menjadi seorang islam yang mempunyai karekter yang cemerlang, mempunyai motivasi tinggi untuk belajar dan berjaya dalam bidang pendidikan kelak.

HALATUJU
Manusia makhluk yang terpilih sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dengan mempunyai 3 tanggungjawab:-
1. Menjadikan dirimu insan yang terbaik.
2. Membantu insan lain menjadi yang terbaik.
3. Menjaga mukabumi ini supaya aman, bersih dan cantik.

KAEDAH  Khalifah Child mengandungi tiga langkah mudah:
1. Mengingatkan diri anda dan anak anda bahawa kita adalah merupakan Khalifah Allah, dan menanamkan kekuatan di dalam jiwa anak- anak anda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah.

2. Mengambil peluang, beberapa kali pada  setiap, untuk memberikan perhatian positif (pujian yang ikhlas dengan penuh kasih sayang) kepada anak anda untuk setiap perbuatan yang baik mereka lakukan dan karekter yang terpuji mereka tunjukkan.

3. Meletakkan peraturan- peraturan yang tegas tapi munasabah kepada anak anda, memastikan anak anda faham peraturan- peraturan tersebut dan melaksanakan peraturan- peraturan tersebut secara konsisten dengan disiplin yang “lembut” (bermakna tanpa kekerasan), sepertimana Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

0 comments:

Post a Comment

 

Taska Yippie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez