Sunday, October 17, 2010

Faktor Persekitaran

Posted by Taska Yippie at 10:00 PM
Persekitaran adalah ruang/kawasan di dalam dan diluar TASKA yang dapat merangsangkan perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya persekitaran untuk menjalankan aktiviti ia dapat merangsangkan perkembangan bahasa, perkembangan kognitf, perkembangan fizikal, perkembangan kreatif dan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Mewujudkan persekitaran tersebut pihak Pengurusan TASKA perlu ambil kira perkara-perkara berikut:
  • keselamatan
  • tujuan
  • peralatan/bahan-bahan
  • perabot
  • penyusunan
  • pembelajaran
  • diperbagai-gunakan

Persekitaran boleh diwujudkan sebagai persekitaran luar dan dalam.
Persekitaran Luar :-
Dapat memberi peluang untuk perkembangan motor kasar seperti berlari , melompat, memanjat dan berjalan.
Kanak-kanak dapat melihat dan mengenali persekitaran yang lebih luas
Kanak-kanak akan merasa lebih bebas.

Persekitaran Dalam:-
Boleh diwujudkan dengan mengadakan sudut-sudut aktiviti untuk kanak-kanak seperti :
  • Sudut Bermain Blok

Kanak-kanak dapat membina sesuatu dengan kreativiti dengan pengunaan bahan-bahan blok, lego atau kenderaan.
  • Sudut Peranan/Masak-masak

Kanak-kanak suka meniru orang dewasa membuat kerja seperti memasak, menggosok, membasuh atau menyapu.
  • Sudut Seni Kraf Kreatif

Kanak-kanak dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam kerja tangan atau lukisan.
  • Sudut Bacaan

Memberi kanak-kanak peluang melihat dan cuba membaca buku adalah satu amalan atau hobi yang baik.
  • Sudut Muzik/Pergerakan/Media

Muzik adalah salah satu medium yang dapat membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Kanak-kanak suka menyanyi dan sambil menyanyi kanak-kanak suka menari atau mengoyangkan badan
  • Sudut Puzzle

Manupulatif puzzle dapat membantu perkembangan motor halus, kognitif dan juga perkembangan bahasa.
  • Sudut Penulisan

Kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan penulisan dengan menggunakan alat tulis.

0 comments:

Post a Comment

 

Taska Yippie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez