Sunday, October 17, 2010

Faktor Persekitaran

Posted by Taska Yippie at 10:00 PM 0 comments
Persekitaran adalah ruang/kawasan di dalam dan diluar TASKA yang dapat merangsangkan perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya persekitaran untuk menjalankan aktiviti ia dapat merangsangkan perkembangan bahasa, perkembangan kognitf, perkembangan fizikal, perkembangan kreatif dan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.

Mewujudkan persekitaran tersebut pihak Pengurusan TASKA perlu ambil kira perkara-perkara berikut:
  • keselamatan
  • tujuan
  • peralatan/bahan-bahan
  • perabot
  • penyusunan
  • pembelajaran
  • diperbagai-gunakan

Persekitaran boleh diwujudkan sebagai persekitaran luar dan dalam.
Persekitaran Luar :-
Dapat memberi peluang untuk perkembangan motor kasar seperti berlari , melompat, memanjat dan berjalan.
Kanak-kanak dapat melihat dan mengenali persekitaran yang lebih luas
Kanak-kanak akan merasa lebih bebas.

Persekitaran Dalam:-
Boleh diwujudkan dengan mengadakan sudut-sudut aktiviti untuk kanak-kanak seperti :
  • Sudut Bermain Blok

Kanak-kanak dapat membina sesuatu dengan kreativiti dengan pengunaan bahan-bahan blok, lego atau kenderaan.
  • Sudut Peranan/Masak-masak

Kanak-kanak suka meniru orang dewasa membuat kerja seperti memasak, menggosok, membasuh atau menyapu.
  • Sudut Seni Kraf Kreatif

Kanak-kanak dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam kerja tangan atau lukisan.
  • Sudut Bacaan

Memberi kanak-kanak peluang melihat dan cuba membaca buku adalah satu amalan atau hobi yang baik.
  • Sudut Muzik/Pergerakan/Media

Muzik adalah salah satu medium yang dapat membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Kanak-kanak suka menyanyi dan sambil menyanyi kanak-kanak suka menari atau mengoyangkan badan
  • Sudut Puzzle

Manupulatif puzzle dapat membantu perkembangan motor halus, kognitif dan juga perkembangan bahasa.
  • Sudut Penulisan

Kanak-kanak diberi peluang untuk melakukan penulisan dengan menggunakan alat tulis.

Faktor Pemakanan

Posted by Taska Yippie at 9:55 PM 0 comments
Makanan adalah asas kesihatan dan perkembangan bagi setiap individu. Pihak Pengurusan Taska akan memberi makanan seimbang dan berkhasiat kepada kanak-kanak agar kanak- kanak cergas, bertenaga, bertindakbalas, kulit yang sihat, mata yang berseri, tumbersaran yang normal dan memelihara suhu badan.

Makanan yang disediakan juga  untuk kanak-kanak adalah mengikut piawaian yang digariskan oleh Jabatan Kesihatan.

Makanan seimbang merangkumi:-
  • Karbohidrat
  • Protin
  • Vitamin
  • Zat Galian

Kanak-kanak di Taska perlu mengambil 3 kali makanan sehari mengikut peringkat umur:-
  • Snek pagi
  • Makan Tengahari
  • Makan minum petang

Kanak-kanak perlu diberikan susu pada waktu pagi, tengahari dan petang.
Perkara yang penting :
  • Menu perlu di tukar setiap 3 atau 4 bulan
  • Perlu memaparkan menu di bilik makan
  • Kanak-kanak perlu membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
  • Kanak-kanak beragama Islam membaca doa sebelum dan sesudah makan

Faktor Kesihatan

Posted by Taska Yippie at 9:53 PM 0 comments
Pihak Pengurusan akan menitikberatkan cara pengasuhan yang bersih dan selamat untuk kanak- kanak.

Pihak pengurusan akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan bagi mendapatkan maklumat tentang status demam berjangkit. Pihak pengurusan juga akan mendapatkan bantuan dari Jabatan Kesihatan untuk membuat program Kebersihan terutamanya semburan Nyah Kuman dan rawatan berkala Kanak- kanak.

Kanak- kanak yang didapati demam akan diberi rawatan berikut:-
  • di asingkan di bilik rawatan bersaingan.
  • di beri rawatan dan ubat
  • sekiranya demam tinggi, ibubapa akan dihubungi untuk mengambil anak mereka.
  • Selepas 2 jam, sekiranya ibubapa tidak dapat datang, pihak pengurusan akan menghantar kanak- kanak ke hospital.

Kanak- kanak yang mengalami kecederaan pula akan diberi rawatan berikut:-
  • di asingkan di bilik rawatan bersaingan.
  • di beri rawatan kecemasan dan ubat luka.
  • sekiranya kecederaan teruk, ibubapa akan dihubungi untuk mengambil anak mereka.
  • Selepas 2 jam, sekiranya ibubapa tidak dapat datang, pihak pengurusan akan menghantar kanak- kanak ke hospital.

Faktor Kebersihan

Posted by Taska Yippie at 9:51 PM 0 comments
Pihak pengurusan akan juga menitikberatkan faktor kebersihan secara keseluruhan di kawasan sekitar Taska seperti berikut:-
  • Kebersihan Premis

Memastikan kebersihan kawasan dalam dan luar premis Taska. Setiap ruangan akan dibersihkan secara berkala oleh seorang Pekerja Am setiap hari, pada waktu pagi, tengahari dan petang.
  • Kebersihan Ruang

Memastikan kebersihan kawasan ruang aktiviti, ruang dapur, ruang makan, bilik air dan bilik berehat. Setiap ruangan akan dibersihkan secara berkala oleh seorang Pekerja Am setiap hari, pada waktu pagi, tengahari dan petang. Segala cadar dan bantal akan diserahkan setiap hujung minggu kepada ibubapa untuk dicuci.

  • Kebersihan Alat Permainan

Memastikan setiap alat permainan dibersihkan pada setiap minggu, dengan menggunakan pencuci Nyah Kuman. Ini bagi memastikan alatan permainan bersih dari jangkitan kuman.
  • Kebersihan Diri Pengasuh

Memastikan para pengasuh menjaga kebersihan diri masing- masing dengan menggunakan pakaian yang bersih serta  berada dalam keadaan sihat semasa mengasuh.
  • Kebersihan Diri Kanak-kanak

Memastikan setiap kanak- kanak dijaga kebersihan diri mereka sepanjang  berada di Taska.

Faktor Kesihatan

Posted by Taska Yippie at 9:49 PM 0 comments
Pihak pengurusan akan juga menitikberatkan faktor keselamatan secara keseluruhan di kawasan sekitar Taska seperti berikut:-

a) Keselamatan Premis
Dengan memastikan bahawa keseluruhan kawasan premis Taska JKM adalah selamat untuk kanak- kanak melakukan aktiviti. Premis juga akan dibekalkan dengan alat pemadam kebakaran yang deselenggara setiap tahun.

b) Keselamatan Ruang
Memastikan setiap ruang luar dan dalam premis Taska seperti dapur, tangga, ruang aktiviti, dan bilik air dijaga dengan bersih dan selamat untuk kanak- kanak bebas bergerak.

c) Pengagihan dan Pengasingan Ruang
Pihak Pengurusan juga akan memastikan bahawa setiap kanak- kanak akan diagih dan di asingkan mengikut peringkat umur mereka, iaitu bayi akan diletakkan di bilik bayi, kanak- kanak 4 tahun bersama kumpulan mereka dan sebagainya.

d) Peralatan Perabot
Pihak Pengurusan akan menggunakan peralatan perabot yang khusus untuk kanak- kanak, seperti contohnya meja dan cabinet yang tidak mempunyai bucu yang tajam. Ini bagi memastikan peralatan perabot tidak akan mencederakan kanak- kanak.

e) Peralatan Permainan
Pihak Pengurusan juga akan memastikan peralatan permainan yang digunakan kanak- kanak adalah selamat dan mengikut peringkat umur mereka, seperti contohnya Soft Toy untuk bayi dan sebagainya.

f) Peralatan Alat Bantu Mengajar
Pihak Pengurusan juga akan memastikan peralatan alat bantu mengajar yang digunakan kanak- kanak adalah selamat dan mengikut peringkat umur mereka.

g) Latihan Keselamatan, Kebakaran dan Pertolongan Cemas untuk Pengasuh
Pengasuh akan diwajibkan untuk menghadiri Kursus Keselamatan dan Pertolongan Cemas yang dianjurkan oleh pihak- pihak berwajib. Ini bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan tentang cara- cara menghadapi waktu- waktu kecemasan seperti kebakaran, kecederaan dan sebagainya.

h) Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas
Pihak Pengurusan akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Keselamatan atau Jabatan Pertahanan Awam dalam mengendalikan Latihan Kebakaran dan Pertolongan Cemas secara berkala pada setiap tahun.

i) First Aid
Premis akan dibekalkan dengan First Aid bagi digunakan di waktu kecederaan.

j) Kerjasama dengan Polis
Pihak Pengurusan akan bekerjasama dengan pihak polis bagi membuat pemantauan secara berkala terhadap keselamatan premis Taska.

Program Penglibatan Ibu-bapa

Posted by Taska Yippie at 9:44 PM 0 comments
Program ini dibuka kepada semua kakitangan-kakitangan JKM seperti didalam Akta :

‘Suatu Pusat Taska hendaklah sentiasa berhubung dengan ibubapa atau penjaga kanak-kanak dalam jagaan mereka dan berusaha mendapatkan persefahaman dan kejersama mereka berhubung dengan pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kelakuan kanak-kanak.’

Seminar atau bengkel untuk para ibubapa akan diadakan 3 bulan sekali .

Contoh-contoh seminar adalah berikut:
  1. Memahami Perkembangan Menyeluruh Kanak-kanak
  2. Seminar Keibubapaan
  3. Penyusuan Ibu
  4. Untuk ibu-ibu yang berkerja: Bagaimana mengimbangi antara Pekerjaan dan     Keluarga?
  5. Cara terbaik mendisiplinkan kanak-kanak
  6. Mengenal pasti kelemahan anak kita dan cara menandanginya.
  7. Memahami program di Taska.


Pihak Pengurusan akan memanggil penceramah- penceramah yang terbaik bagi menyampaikan maklumat kepada para ibubapa.

Pendekatan Bertema

Posted by Taska Yippie at 9:10 PM 0 comments

Pendekatan Bertema adalah satu pembelajaran dengan perancangan topik-topik tema yang dicadangkan mengikut keupayaan dan kesediaan kanak-kanak.


Tiap-tiap tema mempunyai aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan mengikut subjek-subjek atau sudut-sudut.

Pengalaman dan pengetahuan kanak-kanak akan lebih luas jika aktiviti-aktiviti dijalankan dengan sempurna.

TEMA BULANAN mengandungi aktiviti-aktiviti:
  • Pertuturan
  • Menulis
  • Membaca
  • Nombor
  • Sains
  • Seni Kraf & Muzik
  • Sosio Emosi


Contoh,Tema Bulan Januari: HAIWAN TERNAKAN

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:

BAHASA - Bercerita tentang haiwan ternakan
KOGNITIF - Mengenalpasti bunyi Haiwan & membuat "puzzle" haiwan
FIZIKAL - Meniru pergerakan haiwan
PERMAINAN SOSIAL - Bermain "memory game" untuk mencari haiwan-haiwan tertentu
SENI KRAF & MUZIK - membina model "farm", membuat buku besar dan menyanyi lagu                       haiwan
SAINS - Mengenalpasti anggota badan & makanan haiwan
NOMBOR - Mengira haiwan dan telur-telur
KHAS - Melihat anak ayam secara "live"

Belajar Melalui Bermain

Posted by Taska Yippie at 8:51 PM 0 comments


Bermain adalah kehendak semulajadi dalam diri kanak-kanak. Konsep Belajar melalui Bermain adalah kunci pembelajaran dan pengajaran.


Bermain memainkan peranan yang penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang.

Ia adalah proses pembelajaran secara tidak formal, tetapi berstruktur terancang dan ada tujuan tertentu. Kanak-kanak suka mengikut contoh orang dewasa, kanak-kanak suka mencari dan mendapat matlumat dari persekitaran.

Bermain ialah keseronokan yang dialami semasa melakukannya. Kanak-kanak terasa terhibur apabila merka bermain.

Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak, dapat melahirkan perasaan kegembiraan dan keseronokan.
Menerusi bermain kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina.
Ia dapat membantu kanak-kanak memusatkan perhatiannya dan menyerapkan sesuatu pengalaman.

Ia dapat mengembangkan sifat tekun dan gigih.

Bermain adalah satu proses pembelajaran yang menarik dan bermakna.

Aktiviti bermain dapat mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, meningkatkan daya kreatif kanak-kanak, memupuk semangat bergaul, mengukuhkan sifat nilai-nilai murni dan berdisiplin.

Nilai-nilai bermain seperti berikut:

  • Bermain boleh membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
  • Bermain adalah aktiviti sukarela.
  • Bermain merasakan kebebasan bertindak tanpa halangan dari orang dewasa dan peraturan.
  • Kanak-kanak dapat mengembangkan imaginasinya semasa bermain.
  • Bermain menggalakkan kanak-kanak menjadi ‘adventurous’.
  • Bermain oleh menggalakkan Perkembangan Bahasa.
  • Dapat membina hubungan interpersonal.
  • Bermain mengembangkan minat dan tumpuan kanak-kanak.
  • Melalui bermain kanak-kanak dapat mempelajari peranan orang dewasa.
  • Kanak-kanak dapat memperbaiki penilaian mereka semasa bermain.

Friedrich William Froebel

‘Children unfold their uniqueness in play, and it is in the area of unfolding and learning through play in the curriculum’
Play is the purest, most spiritual activity of man at this stage, and , at the same time, typical of human life as a whole - of the inner hidden natural life in man and all things.
It gives the, therefore joy, freedom, contentment, inner and outer rest, peace with the world.

The Khalifah Child

Posted by Taska Yippie at 8:48 PM 0 comments
Sistem Pengasuhan dan Didikan yang bakal dilaksanakan di Tadika dan Taska KDN dirangka ke arah melahirkan anak yang pintar dan soleh. Setiap pelajaran disampaikan dengan penuh motivasi berasaskan Kaedah Khalifah Child, satu kaedah pengasuhan dan didikan anak-anak yang telah terbukti berkesan. Kaedah ini diterima dan bakal menjadi sebagai tulangbelakang kepada seluruh sistem pengasuhan dan didikan di Tadika dan Taska KDN. Kaedah ini digunakan dalam setiap interaksi antara pengasuh dan anak-anak. Kami adalah merupakan satu- satunya syarikat yang menggunakan kaedah ini di negeri Melaka.

Khalifah Child di Tadika dan Taska KDN bukanlah satu matapelajaran tetapi sebagai cara pengasuhan dan didikan anak-anak. Ia memberi satu perspektif baru tentang pengasuhan dan didikan anak-anak bagi orang Melayu Muslim. Ia menekankan kepentingan ilmu dan memberi kita kekuatan untuk membina suasana positif di rumah dan sekolah berasaskan hakikat penciptaan manusia sebagai Khalifah Allah. Pandangan alam yang penuh motivasi ini akan mengubah seluruh proses pengasuhan dan didikan menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan apabila ia difahami oleh guru-guru dan anak-anak dalam usia yang begitu muda.

Khalifah Child diasaskan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s a.w. Ia diperteguhkan dengan ilmu Psikologi Kanak-kanak yang telah terbukti. Program ini telah memberi motivasi yang tinggi kepada anak-anak untuk berperibadi Islam cemerlang. Dengan memahami Hukum Pembelajaran, pengasuh akan mudah membimbing anak-anak untuk menjadi muslim yang baik.  Dalam menjayakan program ini, para pengasuh akan di beri pandangan alam yang benar serta ilmu tentang Hukum Pembelajaran melalui beberapa siri kursus yang akan dianjurkan oleh pihak kami. Segala usaha ini, InsyaAllah akan membina sebuah dunia yang lebih sempurna untuk semua.

MATLAMAT
1.  Bagi melahirkan Khalifah Allah yang menjadi insan yang cemerlang , berilmu pengetahuan dan  berpewatakan hebat.

2.  Untuk memperlihatkan keberkesanan cara pendidikan dan pengasuhan kanak- kanak dengan menggunakan sepenuhnya Kaedah Khalifah Child ini di Tadika dan Taska.

3.  Bagi membentuk kanak- kanak menjadi seorang islam yang mempunyai karekter yang cemerlang, mempunyai motivasi tinggi untuk belajar dan berjaya dalam bidang pendidikan kelak.

HALATUJU
Manusia makhluk yang terpilih sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dengan mempunyai 3 tanggungjawab:-
1. Menjadikan dirimu insan yang terbaik.
2. Membantu insan lain menjadi yang terbaik.
3. Menjaga mukabumi ini supaya aman, bersih dan cantik.

KAEDAH  Khalifah Child mengandungi tiga langkah mudah:
1. Mengingatkan diri anda dan anak anda bahawa kita adalah merupakan Khalifah Allah, dan menanamkan kekuatan di dalam jiwa anak- anak anda untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah.

2. Mengambil peluang, beberapa kali pada  setiap, untuk memberikan perhatian positif (pujian yang ikhlas dengan penuh kasih sayang) kepada anak anda untuk setiap perbuatan yang baik mereka lakukan dan karekter yang terpuji mereka tunjukkan.

3. Meletakkan peraturan- peraturan yang tegas tapi munasabah kepada anak anda, memastikan anak anda faham peraturan- peraturan tersebut dan melaksanakan peraturan- peraturan tersebut secara konsisten dengan disiplin yang “lembut” (bermakna tanpa kekerasan), sepertimana Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
 

Taska Yippie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez