Profil

Taska Yippie ( Yippie ) telah ditubuhkan pada 1hb Oktober 2001 dan mula beroperasi pada pada Febuari 2002.

Yippie merupakan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka/Malaysia ( JKM ) dengan no.pendaftaran 282/2002.Ia juga mendapat kelulusan dan sokongan dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB ),Jabatan Bomba dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Yippie Menyediakan Perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan kepada kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 6 tahun. Kanak-kanak ditempatkan bagi ibubapa atau penjaga yang bekerja dari jam 7 pagi hingga 6 ptg.

Yippie menyediakan persekitaran yang luas,bersih dan selesa untuk kanak-kanak melakukan aktiviti harian mereka.Pengasuh dan guru di Yippie adalah yang terlatih,penyayang dan profesional dimana ianya akan menjana perkembangan fizikal, sosio emosi, kognitif, artistik dan bahasa kanak-kanak. Makanan seimbang juga amat penting bagi perkembangan menyeluruh untuk kanak-kanak untuk membesar dengan sihat dan sempurna.


Pada Nov 2009 kami telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan TASKA SERI NEGERI di Jabatan Ketua Menteri Melaka.



 

Taska Yippie Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez